The rules written here are meant to facilitate the smooth progression of the competition and help players and administrators resolve conflicts. The most important principle is that teams and players attempt, to the best of their abilities, to play and finish their matches regardless of what happens.
An infraction of the rules (breaking them) may cause a team to forfeit a game – take an automatic loss. Severe infractions of these rules may lead to a disqualification from the competition.
1.0 DEFINISI PEMAIN
1.1 Amatur:
- Tidak pernah bermain di mana-mana sanctioned tournaments/leagues dalam masa 12 bulan
sebelum MEL23 bermula.
- Tidak pernah dikontrak oleh pasukan esukan professional.
1.2 Semi Pro:
- Pernah bermain di mana-mana sanctioned tournaments/leagues dalam masa 6 bulan
sebelum MEL23 bermula.
- Telah menandatangani kontrak dengan pasukan esports profesional dalam tempoh 6
bulan sebelum mendaftar ke MEL23 dan kini tidak dikontrak.
1.3 Pro:
- Pernah/sedang bermain di mana-mana sanctioned tournaments/leagues dalam masa 3
bulan sebelum MEL23 bermula.
- Sedang dikontrakkan dan digajikan sepenuh masa oleh pasukan esukan profesional.
1.4 Self declaration melalui platform esukan.gg. Sekiranya tidak dilengkapkan, pemain boleh hilang
kelayakan.
1.5 Untuk kategori MEL23 Liga Negeri dan Open Series, peserta dari kategori amatur, semi pro
dan professional dibenarkan menyertai.
1.6 Para pemain yang melakukan pengisytiharan tidak tepat boleh hilang kelayakan untuk
bertanding.
1.7 Kesemua pasukan dan para peserta adalah tertakluk kepada definisi pemain home, pemain
import dan kuota pemain simpanan.
1.8 Setiap pasukan dibenarkan dan digalakkan untuk melantik seorang Pengurus pasukan untuk
memudahkan komunikasi dan penyelarasan perlawanan.
1.9 Peserta perlu memuatnaik gambar profail mereka untuk tujuan promosi perlawanan.
2.0 PEMAIN HOME
- Kuota pemain home - 3 (PUBGM/eFootball Mobile) dan 4 (MLBB/Valorant)
- Pengesahan tempat tinggal melalui:
- Kad Pengenalan (pertama melalui alamat kediaman dan kedua melalui kod negeri di KP -
https://www.jpn.gov.my/my/kod-negeri)
- Bil utiliti/air
- Surat tawaran belajar (universiti dan kolej) atau tempat kerja
3.0 PEMAIN IMPORT
3.1 Kuota pemain import - 2 PUBGM/eFootball Mobile dan 3 MLBB/Valorant
4.2 Pengesahan dan kebenaran pemain import oleh home state dan importing state dilakukan
melalui platform esukan.gg dan melalui pengesahan dari Persatuan Negeri.
4.3 Para pemain harus melakukan Pengisytiharan Diri (Self Declaration) melalui platform esukan.gg
sebelum Liga Negeri bermula.
4.0 PEMAIN SIMPANAN/SUBS
4.1 MEL23 Liga Negeri/Kebangsaan: Setiap pasukan yang bertanding dibenarkan untuk
mendaftar 2-3 pemain simpanan, tertakluk kepada definisi pemain home dan import.
4.2 MEL23 Open Series: Setiap pasukan yang bertanding dibenarkan untuk mendaftar 1 pemain
simpanan.
4.3 Permohonan untuk penukaran pemain hanya dibenarkan sekiranya memenuhi kriteria berikut:
- Kecederaan, kemalangan atau hospitalisasi
- Kematian
- Faktor peperiksaan atau komitmen pelajaran
4.4 Mana-mana pasukan yang telah layak ke Liga Kebangsaan adalah tidak dibenarkan untuk
menukar ahli-ahli pasukan, kecuali mereka yang telah berdaftar sebagai pemain simpanan.
5.0 HAD UMUR MINIMUM
5.1 PUBGM, MLBB, eFootball Mobile dan Dota 2: 13 – 40 tahun
5.2 Valorant, Tekken 7 & eFootball: 16 - 40 tahun
*Tertakluk pada had umur minimum yang boleh ditetapkan oleh Persatuan Negeri/WP.
6.0 KEPERLUAN TEKNIKAL DARI PESERTA
6.1 Setiap pemain perlu bersedia dengan data internet masing-masing. Sambungan
internet tidak akan disediakan oleh pihak penganjur atas kerana Liga Negeri akan
berlangsung secara atas talian.
6.2 Setiap pemain perlu menyediakan kamera pemain menggunakan webcam atau telefon
bimbit.
6.3 Setiap pemain perlu mengaku kalah sekiranya terdapat lag. Setiap pemain disarankan
untuk memeriksa sambungan internet dan data sebelum perlawanan dimulakan.
6.4 Pasukan yang tidak hadir atau ketua pasukan yang gagal untuk melapor diri kepada
penganjur atau Marshall dalam waktu yang dinyatakan akan hilang kelayakan secara
automatik.
6.5 Pemain dan pasukan perlu bertanggungjawab untuk mengelakkan kelewatan bagi waktu
dan jadual perlawanan.
6.6 Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding dalam
keseluruhan MEL23. Peranti-peranti lain seperti tablet tidak dibenarkan.
6.7 Aksesori tambahan selain kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone
adalah dibenarkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
7.0 ETIKA PESERTA & LARANGAN
7.1 Penggunaan perkataan bersifat negatif seperti profanity atau toksik, buli secara lisan
atau bertulis dan sebarang bentuk gangguan yang disengajakan adalah dilarang sama
sekali dan akan menyebabkan hilangnya kelayakan sekiranya didapati bersalah.
7.2 Penggunaan peranti selain telefon pintar, aplikasi third party adalah dilarang sama
sekali. Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan tersebut akan disingkirkan serta
merta daripada Liga dan dilarang menyertai mana-mana kejohanan dibawah selia
OrgComm MEL.
7.3 Sebarang bentuk penggunaan bahan terlarang dan dadah adalah dilarang sama sekali,
dan boleh disingkirkan sekiranya didapati bersalah oleh OrgComm MEL.
8.0 KOMUNIKASI DIANTARA EO NEGERI DAN PESERTA
8.1 Liga Negeri:
- EO Negeri akan bertanggungjawab dari segi komunikasi di antara para peserta.
- Sebarang komunikasi akan dilakukan melalui aplikasi Discord.
- EO Kebangsaan akan bertugas sebagai pemantau untuk memastikan jadual dan
perjalanan liga berlangsung dengan lancar.
- EO Negeri dan Kebangsaan akan bekerjasama untuk memastikan keputusan dan
bukti perlawanan dikumpul secara rapi dan tersusun, untuk memastikan tiada
kepincangan.
- EO Negeri dan EO Kebangsaan akan bekerjasama untuk memastikan hadiah wang
kejohanan dapat disalurkan secara rapi dan tersusun, untuk memastikan tiada
kelewatan dalam penyaluran hadiah wang kepada pememenang MEL23 Liga Negeri
dan Kebangsaan
8.2 Liga Kebangsaan dan MEL23 Open Series
- EO Kebangsaan akan bertanggungjawab dari segi komunikasi di antara para
peserta, dari segi penyertaan fizikal dan urusan penempatan atau pengangkutan ke
lokasi perlawanan.
- Sebarang komunikasi akan dilakukan melalui aplikasi Discord.
9.0 ADUAN PESERTA ATAU PENONTON
9.1 Untuk memastikan pengurusan aduan yang efektif dan pantas, mekanisma aduan
berikut adalah terpakai:
- Aduan bertulis perlu dihantar kepada ESI (hey@esportsintegrated.com / Google
- Form dalam jangkamasa 24 jam selepas perlawanan tamat untuk mengelakkan
penundaan yang lama.
- Pengadu perlulah melampirkan slip pembayaran sebanyak RM50.
- Siasatan dalaman akan dijalankan bersama-sama EO Negeri, EO Kebangsaan, wakil
OrgComm berkait dan Penerbit Permainan dalam jangkamasa 24 jam aduan dan
bayaran diterima.
- Laporan dan keputusan akan diberikan kepada pengadu selepas dibentangkan di
peringkat OrgComm.
9.2 Sekiranya perlu, kenyataan media akan dikeluarkan oleh ESI untuk memastikan ketelusan
dan integriti MEL.
RULES YANG LEBIH MENDALAM BAGI SETIAP PERMAINAN AKAN DIBERIKAN DI DALAM DISCORD